ASSALAMUALAIKUM
Nama diberi Adib Farhan Bin Mat Jais @ Mohd Hazli. Saya Merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Saya merupakan anak jati "Penyu" yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Saya dilahirkan pada 12.06.1998. Nama bapa saya ialah Mat Jais @ Mohd Hazli Bin Mat Dong. Bapa saya berasal daripada Kampung Batu Rakit, Pecah Rotan. Beliau seorang bekas Foreman (baiki kereta) dan sekarang beliau bekerja sebagai bembekal alat memanah. Nama ibu saya pula ialah Tengku Aznuriah Binti Tengku Azizi. Ibu saya berasal daripada Kampung Hiliran Masjid, K.Terengganu. Beliau seorang guru Matematik yang mengajar di SK Telok Pasu.
 |
Keluarga Tercinta. |
Saya telah bersekolah di SK. Telok Pasu dan mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di sekolah tersebut. Kemudian saya berpindah ke SMK(A) Tok Jiring yang kini dikenali sebagai SMK(ADHA), Kuala Nerus. Setelah saya mendapatkan PMR di sekolah tersebut, pada tingkatan empat saya berpindah ke SM Teknik Terengganu mengambil jurusan Pengajian Awam. Alhamdulillah saya dapat menamatkan alam persekolahan saya di sekolah tersebut dengan membawa pulang segulung sijil SPM. Namun, pada Januari tahun 2020, saya akan kembali ke sekolah tersebut untuk menjalankan PPG1 selama 2 minggu. Ada cikgu di sekolah itu terkejut kerana saya yang nakal ketika waktu dulu..hehe.. kembali ke sekolah itu untuk menjalankan PPG dan anak menjadi guru pada masa hadapan. Setelah menamatkan alam persekolahan, saya telah menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. Alhamdulillah saya telah ditawarkan masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, mengambil bidang Diploma Teknologi Makmal pada tahun 2016 - 2018. Pada Oktober 2018, saya berjaya menghadiahkan segulung Sijil Diploma kepada kedua dua Ibu Bapa saya. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berjaya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah di universiti bertuah ini (UPSI) ... (suka laa weh dapat masuk upsi lagi sekali huhu). Saya telah ditawarkan bidang ISM Pendidikan Kimia dengan Kepujian dan InsyaAllah saya akan dapat menamatkan Ijazah ini dengan cemerlang, dan akan menjadi seorang pendidik pada suatu hari nanti.
 |
Konvo Diploma (31.10.2018) |
 |
Kelas Tingkatan 4. (SM Teknik Terengganu) |
Saya mempunyai banyak hobi, antaranya memasak, menonton movie, melancong, mandi sungai, memancing dan menangkap gambar (more to alam sekitar). Warna kegemaran saya ialah warna Navy Blue, dan gabungan warna orange + pink + purple (macam Sunset). Saya juga mempunyai banyak cita-cita. Saya pernah berhasrat untuk belajar memasak sehingga pandai, kemudian masuk ke dalam pertandingan memasak sehingga ke peringkat antarabangsa. Saya juga pernah terfikir untuk membuka kedai di luar negara, tapi itu hanyalah sekadar angan-angan sahaja..huhu orang lelaki pon pandai masak err.. Saya juga pernah berhasrat untuk menjadi seorang Forensik (terpengaruh dengan movie hehe) kerana saya agak berminat dengan kerja-kerja yang selesaikan misteri. Namun jodoh saya dengan GURU tidak dapat dipisahkan kerana menjadi seorang guru merupakan hasrat sejak kecil lagi (sebab mak cikgu kot dan sebab itu saya dapat UPSI). Makanan kegemaran saya tak lain tak bukan keropok lekor dan nasi dagang (orang ganu kan.. hehe). Saya suka haiwan kerana kadang-kadang haiwan ni akan jadi peneman ketika sunyi, sudah tentulah saya suka kucing. Apa lagi err nak cerita, setaka ini je kot. Okay lah lain masa lain hari kita akan tambah sikit-sikit naaa..
 |
Kawan Seperjuangan Diploma |
 |
Kawan seperjuangan Degree (ISMP Kimia) |
No comments:
Post a Comment